Friday 25 May 2012

TUNTUTAN AMBIGA


1. Adakah ini benar merupakan tuntutan Ambiga ( Penganjur Bersih ) ?

Sekiranya ia benar, saya tidak akan membenarkan perkara ini berlaku. Ini menunjukkan dia mempunyai 
agenda tersembunyi disebalik demonstrasi jalanan yang konon nya menegakkan hak asasi manusia dan keadilan. 

KEMUSNAHAN BUMI



Sungguhpun filem filem barat telah memfilemkan akan kemusnahan dunia
seperti pada cerita 2012, namun tiada seorang makhluk didunia ini yang akan mengetahui
bila sebenarnya akan berakhirnya kehidupan manusia di bumi ini. Itu adalah rahsia Allah
yang Maha Mengetehui. Allah hanya menurunkan akan tanda tanda kiamat kepada makhluknya dan
diperteguhkan dengan hadis hadis sohih.

Dua soalan penting :

1. Sudah kah anda bersedia menghadapi kematian dengan amalan yang seadanya ?

2. Sudah kah anda bertaubat ?

Monday 7 May 2012

ISTIGHFAR - SANTAPAN ROHANI




"Beristighfarlah kepada Tuhanmu - sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun - niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". (Surah Nuh: ayat 10-12).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).


Dalam tempoh sehari / 24 jam, berapa kali kita beristighfar ?

PUASA




Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?

  • > Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
  • > Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
  • > Asid-asid lemak trans.
  • > Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
  • > Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
  • > Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
  • > Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
  • > Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
  • > Kolesterol berlebihan.
Apa kesannya?:

  • > Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
  • > Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
  • > Sistem saraf diseimbangkan.
  • > Paras tenaga dipertingkatkan.
  • > Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
  • > Biokimia selular diharmonikan.
  • > Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
  • > Lebih mudah bergerak.
  • > Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
  • > Sistem digestif direhatkan.

Sunday 6 May 2012

AIR DAN RAWATAN PENYAKIT





Amalan orang orang Jepun terhadap meminum air kosong diwaktu pagi telah mendapati ia akan membawa kepada penyembuhan penyakit penyakit seperti ;

1. Sakit kepala
2. Sakit sakit badan
3 Arthritis
4. Jantung
5. Epilepsy
6. Kegemukan
7. Bronchitis asthma
8. TB
9. Meningitis
10. Pinggang
11. Gastrik
12. Ceret beret
13. Kepucatan
14. Diabetes
15. Penyakit penyakit berkaitan mata
16. Cancer
17. Ketidakaturan Menstrual

dan lain lain lagi.

Amalan :

1. Selepas bangun tidur awal pagi, sebelum mencuci mulut, minum air pada sukatan 164ml air. Baru la mencuci mulut selepas itu. 45 minit kemudian baru la boleh minum atau makan seperti biasa. Sila amal kan setiap hari.- 

2. Jangan mengambil apa apa makanan atau minuman 15 minit selepas habis bersarapan / makan tengahari / makan malam - untuk tempoh 2 jam. (Mengikut sunnah Nabi kita digalakkan berjalan sekurang kurangnya 40 langkah selepas makan).


Kesesuaian Kaedah Perawatan :

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – amalkan selama 30 hari
2. Gastrik - amalkan selama 10 hari
3. Diabetes – amalkan selama  30 hari
4. Sembelit – amalkan selama 10 hari
5. Kanser – amalkan selama 180 hari
6. Tibi – amalkan selama  90 hari





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...