Wednesday 25 April 2012

LELAKI GAY MELAYU TERAKHIR

Selepas melihat melihat gambar gambar di bawah ... terasa geli gelaman dan macam nak muntah ... dan kepada yang berkenaan dan yang seumpamanya bertaubat la sebelum terlambat...






Selepas membaca artikel daripada rakan rakan yang memiliki blog berhubung dengan si kawan ini .. saya terasa kesian dan sedih kepada keadaan emak dan ayah dia kerana;

1. Anak dia gay ni dah kahwin dengan lelaki gay Dublin.
2. Menukar agama dan hilang tak dapat dikesan.
3. Petronas menuntut wang pembiayaan pendidikan / pelajaran dari
    ke dua dua orang tua dia ni ( anak menyusahkan emak bapa. )
4. Dosa dengan Allah.
5. Malu berdepan dengan masyarakat sekeliling (emak, bapa, adik beradik dan keluarga terdekat ... mana nak letak muka ).


" SEMOGA ALLAH MEMBERI PENTUNJUK DAN HIDAYAH KEPADA 
ARIF ALFIAN  UNTUK KEMBALI BERTAUBAT DAN BALIK KE PANGKAL JALAN "... AMIN

"Apakah komen anda berhubung dengan budaya Gay di Malaysia ?"

Sila tinggalkan komen anda yang bernas.

SABAH : PERJANJIAN PENTING 20 PERKARA


Adakah masih relevan dimasakini ?

Monday 23 April 2012

TEKNIK MENGUATKAN DAYA INGATAN

Satu lagi nak kongsi kan bersama anda semua ialah bagaimana nak menguatkan daya ingatan anda. Kalau nak diceritakan banyak teknik dan petua yang boleh diikuti. Antaranya ;

a. Elakkan Perkara Berikut :

  • Elakkan melihat pornografi ( boleh melemahkan minda berfikir  dan membutakan hati ).
  • Lebih tidur dan makan (melemahkan minda & menggelapkan hati).
  • Merokok (toksik dalam badan).
  • Minum minuman keras (mengkhayalkan).
  • Kurang membaca, berfikir dan berimaginasi.
  • Melakukan amalan amalan kurang berfaedah seperti lepak dan menonton rancangan TV berlebihan (boleh melemahkan proses berfikir).
  • Kurang bersenam.
  • Tidak mengambil sarapan pagi.
  • Kurang bergaul dengan rakan.


b. Lakukan Perkara Berkut :

  • Bersenam.
  • Makan ikut masa yang betul, makan makanan berkhasiat dan cukup kadar.
  • Tidur dan rehat yang cukup kadar. 
  • Bersolat dan kerap berzikir. Amalan berpauasa sunnat digalakkan.
  • Membaca pada kadar rehat.
  • Biasakan menggunakan peta minda .
  • Guna imaginasi ketika berfikir (imaginasi yang baik saja :).
  • Lakukan perbincangan secara informal / seperti berbual dengan rakan.
  • Sentiasa berdoa dan bertawwakal.
  • Makan makan yang berkhasiat (  buah buahan & sayur sayuran ).
  • Lakukan pengulangan 3 atau 5 atau 7 kali pada satu satu perkara / subjek.


Sedikit sebanyak lebih baik sekiranya diselitkan sedikit info berkenaan kehebatan OTAK manusia ini.

Secara fizikal otak manusia adalah seperti berikut ;



Sunday 22 April 2012

TEKNIK MENINGKATKAN TRAFIK KE BLOG ANDA

Sedang blogging ni terjumpa satu blog yang baik ni. Blog ni dimiliki oleh saudara Ikhwah Shah

Tips dari beliau untuk meningkatkan trafik ke blog anda ;

1. Gunakan Blog-ping Aggregator
2. Gunakan akaun Twitter
3. Baca blog dan tinggalkan komen
4. Bertukar pautan di blog rakan
5. Kerap menambah entri baru

Disini saya nak tambah satu iaitu

6. Gunakan kemudahan Facebook anda. Kalau belum ada sila daftarkan 1 akaun untuk anda DISINI.


JANGAN MENGIKUT HATI DAN NAFSU

Sebelum bertindak fikir la dulu. Kenapa Pak Hitam ni juga jadi pilihan ? tak ada lagi ke lelaki Melayu lain yang boleh di jadi kan suami...  Lelaki Melayu tak setanding ?


Cuba ikuti luahan rasa seorang mangsa Pak Hitam ni... bukan sahaja masa depan dirinya jadi taruhan dan tergadai tetapi juga masa depan anak yang telah dilahirkan itu...


Cerita lanjut DISINI...



PROTON PREVE'

PROTON PREVE


PANDANGAN HADAPAN

PANDANGAN SISI


REKA DALAMAN

Pandangan belakang



Model baru ini telah pun dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru baru ini. 



Proton sekali telah mengeluar model baru proton yang kelihatan lebih menarik dan bergaya serta sesuai dengan gaya hidup zaman ini. "Pray - vay " - dimaksudkan adalah " To Prove" . Berikut merupakan model yang ditawarkan  ;

a. Preve Executive ( 1.6 Litre normally-aspirated CamPro IAFM engine ).
b. Preve Executive CVT 1.6 Litre normally-aspirated CamPro IAFM engine ).
c. Preve Premium CVT (Turbocharged 1.6 Litre CamPro CFE engine).

Harga yang ditawarkan antara RM 59 990 hingga RM 72 990. 

Warna Proton Preve ;

1. Blue Lagoon
2. Fire Red
3. Tranquility
4. Solid White
5. Genetic Silver
6. Elegant Brown 




Thursday 19 April 2012

CARA MENDAPATKAN DOA YANG MUSTAJAB

           Alhamdulillah, sesungguhnya Islam adalah agama yang cukup lengkap dan penuh rahmat. Jalan menuju ke Syurga itu sudah ditunjukkan kepada kita. Jadi usaha la ke arahnya melalui doa. Berikut adalah  waktu waktu yang baik untuk berdoa.






Petua daripada Rasulullah s.a.w. 
untuk mencapai doa mustajab.


  • Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
  • Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.
  • Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
  • Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
  • Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

  • Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
  • Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
  • Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
  • Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” 
  • CARA MENGHALAU NYAMUK PALING MURAH DAN EFFEKTIF

    Menghalau nyamuk cara moden adalah dengan membeli penyembur nyamuk di  pasaran ... harga pun bukan murah...dan menjadi beban kewangan.. so dicadang untuk guna cara paling murah dan berkesan iaitu dengan menanam tumbuhan yang dikenali sebagai..."PALARGONIUM RADULA' (Nama lain ialah Jeremin, pokok jari lima, Geranium )... tumbuhan ini dikatakan boleh mengeluar sejenis gas dan bau aresol seperti pada penyembur nyamuk yang ada di pasaran. Lihat gambar tumbuhan ni dibawah..



    Selamat mencuba .. ;)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...